bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Friday, 24 January 2014

Sharing is Caring

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang maha kuasa untuk menjalani ibadah kepadaNya dan masih dapat melihat wajah2 orang yang kita sayangi (walaupun ma n ayah jauh dikampung/di mana sahaja sentiasalah kirimkan doa supaya mereka berada dalam keadaan sihat walafiat). 

Betul lah bahawa anak itu penyeri sesebuah keluarga, anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Lima hari je zara jaga baby abang tapi kesan yang zara dapat memang besar. Sebenarnya zara ni selalu sangat jaga baby. Even adik2 zara dulu pun zara pernah jaga dari diorang kecik lagi. Then after degree zara jaga anak abang coz masa tu zara menganggur lagi. Tapi dulu sebelum zara kawin. Bila dah kawin ni, then jaga baby, perasaan tu lain sikit. Ni kesan rindu kat baby abang tak hilang lagi..Hihi

Zara ada baca bahawa Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:


Sesiapa yang mempunyai anak yang ramai jangan cepat mengeluh sebab Rasulullah amat menggalakkan kita ada anak yang ramai. Anak tu kan rezeki dari Allah. Rezeki Allah tu tak semestinya dalam bentuk wang sahaja, even anak2 pun rezeki juga kan. Zara ingat lagi susahnya ma n ayah nak besarkan kami adik beradik even kami hanya 7beradik kandung (ramai lagi sebenarnya) sahaja. Tak de la sampai satu dozen kan, hihi...Dulu masa kecik2 berebut biskut, berebut makanan dan banyak lagi la. Tapi bila besar ni rindu plak zaman kecik2 sbb sekarang masing2 dah ada keluarga sendiri, duk jauh2 (zara bersyukur sbb abang n adik ada keje KL, ujung minggu still boleh jumpa). 

P/S: buat suami2 jangan mengeluh ye kalo isteri2 anda da xcantik lepas ada anak!! Sesape yang belum kawin tu especially lelaki, cari isteri jangan cari yang cantik je. cari yang ada kasih sayang yang tinggi  sebab tu Rasulullah yang suruh. 


Melalui hadis di atas, betapa pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus hasil daripada doa anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka. Betapa besarnya ganjaran mempunyai anak yang ramai. "Ya allah kurniakan lah daku zuriat yang ramai, zuriat yang soleh dan solehah, semoga menjadi penyeri rumahtangga daku dan suamiku...amin."

"what you give, you get back". Selalu dengar kan. Begitu jugak la dengan kasih sayang. Kan selalu jadi kita sayang orang tu, n then mesti orang tu sayang kita (kalau x bertepuk sebelah tangan la kan..hihi). So, kalo ada anak ramai tu, jangan pilih kasih pula. Kadang2 mungkin mak ayah tak sedar benda ni boleh berlaku. Jangan sampai anak rasa tersisih. Rasulullah bersabda:


"Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi". Kita kena sentiasa tunjuk kan kasih sayang kita pada orang yang kita sayang. Tak semestinya pada anak je, even suami isteri kena praktikkan, anak2 kena amalkan selalu pada kedua ibu bapa.

Tengok, banyak betul keistimewaan ada family yang besar yakni ada anak ramai. Zara suka tengok family abang dekat johor, dekat KL, abang kat ipoh (even baru 2orang anak), bahagia je nampak. Walau selalu berperang dengan anak2 tapi bila tgk anak2 rapat dengan diorang seronoknya. Moga Allah perkenan kan doa zara dan kawan2 yang masih tidak dikurniakan zuriat.

Jangan bimbang dan risau bila masa tu dah tiba untuk kita ada anak, allah akan bagi. Janji Allah itu pasti, sentiasa yakin pada Allah. Sentiasa berdoa, insyaallah Allah akan buka kan jalannya!!

Saturday, 18 January 2014

Rahsia Solat Dhuha



Assalamualaikum dan selamat pagi ahad. Cuaca hari ni sgt baik dan rasanya dari semalam lagi kawasan Gombak or lebih tepat rumah sewa zara ni angin yg sangat kuat sehinggakan pintu terasa seperti ada menolaknya. Semoga dijauhkan daripada bala dan bencana Allah SWT. Hari ni zara nk kongsikan kelebihan menunaikan solat dhuha pada setiap hari. Waktu dhuha adalah antara 8pg - 11pg. 

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday, 17 January 2014

SIAKAP TIGA RASA

Entry kali ni zara nk share resepi ikan siakap tiga rasa . Our favourite foods.



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar -dihiris mayang
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
cili boh
garam
gula
tomato
limau nipis
daun limau purut
cili merah/hijau
sos cili
sos tomato
sos tiram
carrot
nenas
secawan air



Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan perapkan bersama garam dan kunyit selama 10minit.
2. Goreng ikan sehingga garing.


3. Tumbuk/blend bawang merah, bawang putih.
4. panaskan minyak/guna minyak lebihan goreng ikan.
5. goreng bawang merah + bawang putih sehingga kekuningan, masukkan satu sudu cili boh - goreng lagi.
6. masukkan bawang besar + daun limau purut + cili.
7. masukkan sos cili + sos tiram + gula + garam + nenas + carrot + perahan limau nipis + secawan air
8. da masak, tuang ke atas ikan.

Selamat mencuba


Thursday, 9 January 2014

herbalax vs vitamin c shaklee

Assalamualaikum

Entry kali ni nk share pengalaman amik herbalax n vitamin c shaklee...dah hampir sebulan zara consumes herbalax n vitamin c shaklee. Apa yg zara boleh share alhamdulillah sembelit dah kurang lps amik herblax. Kalo dlu mmg zara ada mslh pghadaman n tiap2 hr msti sggh pasaraya beli betik...sekarang ni betik da boleh ditukar dgn honeydew utk diet harian..hihi...

Zara jgk amk vit c shaklee.yg ni adiah dari my sister in law.she said try first. Pada zara vit c nim buat zara makin berselera mkn..sgt2 n skrg brt da naik plak.tapi pada zara, herbalax buat zara xde slera tgk nasi pada mulanya tp vit c buat zara dapat abiskan nasi.msti xfaham kn...hihi...mcm ni zara tgk ns mmg xde selera tp bila start mkn zara boleh abiskan...itu pada zara la..org lain mgkn ksan dia berbeza kn..

Ksan vit c jgk,alhamdulillah parut jerawat makin berkurangan. Bahagian pencerahan tu mgkin xde kesan sgt dkt zara sbb kulit zara da mmg mcm ni kn...xkan berubah.hihi

Tak kisah la kita amik supplemen apa sekalipun dengan syarat jgn sampai kita begitu yakin yg produk tersebut boleh hilangkan itu dan ini.igt la bahawa semua adalah dgn kehendak Allah jgk.walau kita ambil produk yg harga beratus skali pun kalau Allah xizinkan, ia xkan memberi kesan.

Insyaallah jumpa lg di entry seterusnya....

Rezeki Allah itu meluas

Assalamualaikum...

Tengah godek2 folder gambar dulu2 and terjumpa gambar masa convo degree and master. Betapa sedih dan gembira melihat kembali kejayaan yang pernah dikecapi. Timbul rasa bersyukur yang sangat2 tinggi ke hadrat Allah. Begitu banyak nikmat yang Allah telah anugerahkan kepada zara dan kepada rakan2 semua. Sehingga kan nikmat yang dikecapi tidak ternilai dan tidak boleh dibeli dengan apa2 sekalipun.


Teringat kembali betapa susahnya menghadapi kehidupan sebagai pelajar. siang dan malam bertungkus lumus menyiapkan assignment yang diberi, usaha yang xpernah putus dalam mencapai cita2 untuk berjaya dan niat untuk membalas jasa ma, ayah dan abang2 yang banyak membantu. 


gambar masa convo degree


tak abis dengan rezeki melanjutkan pelajaran di peringkat degree, Allah kurniakan lagi kesempatan untuk mencari ilmu di peringkat ijazah sarjana. Ya Allah, ku bersyukur dengan nikmatmu. Daku sedar ya allah, masih banyak yang tidak berpeluang seperti ku..semoga daku masih diberi kesempatan untuk mencari ilmu sebagai bekalan di dunia dan di akhirat. Amin ya Allah...

gambar masa convo master

Tuesday, 7 January 2014

Happy Happy Day

Assalamualaikum

Yesterday I went to Sunway Lagoon for my school's training...juz to share the moments over there...enjoy...

























Sunday, 5 January 2014

khasiat tembikai susu@honeydew

assalamualaikum...


Wah...wah dah masuk tahun baru 2014 and permulaan tahun ni zara nk kongsi khasiat buahan yg kita makan and mungkin kita xsedar khasiat yang ada pada buah tersebut. Zara nk bagi tahu khasiat tembikai susu or Honey dew...knp tiba2 buah ni? ntah la sekarang ni boleh dikatakan tiap2 hari zara akan singgah pasaraya juz untuk beli honey dew. dulu, jangan kan nk makan terbau pun zara dah pening kepala. tapi sekarang jd feveret plak. mana taknye pengaruh dari en.usben la ni...satu hari tu kitorang pegi pasar malam. and ada la pak cik jual ice blended. zara biasa la order ice blended coklat n mr.usben order jus honey dew. mula2 rasa mmg xsdp jgk pastu da tiap kali pegi pasar mlm msti beli then, zara pun jatuh cinta..betul la orang kata xkenal maka xcinta...hihi...

Hari ni terdetik di hati nk try google apa la khasiat honey dew ni..upenye honey dew ni ideal untuk diet..so sesape yg nk diet tu sila lah amik honey dew hari2...antara khasiat honey dew:



  • Mengandungi potassium. Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
  • Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium. Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
  • Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
  • Mengandungi vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya. Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
  • Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.


antara lain khasiat honey dew...

  • baik untuk kulit - Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.

  • menghindarkan barah - Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberiperlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.



  • mengawal tekanan darah - Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana  tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.




  • merawat penyakit hepatitis - Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.



betapa khasiatnya buahan semulajadi yg kita makan...apa2 pun makan lah buahan-buahan tempatan...mencegah itu lebih baik daripada mengubati