assalamualaikum...salam jumaat buat semua. alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dan melaksanakan suruhan Allah. Takziah zara ucapkan pada semua yang mengalami banjir teruk terutamanya di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan. Diharap semoga semua bencana ini akan berakhir. InsyaAllah.
Entry kali ini zara nk share resepi2 yg zara buat terutamanya puding. Minat memasak sejak dari zaman sekolah rendah lagi dan angan2 nk buka kedai sendiri masih segar..hihi..berangan la dulu...sila la try n pastinya hasil yang memberangsangkan...
Seri Muka
bahan bawah
2 cawan beras pulut
75ml santan pekat
225ml air
1 sudu kecil garam
bahan atas
2 biji telor
125ml santan pekat
75ml air
4 sudu besar tepung gandum (sukatan biasa)
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu pewarna hijau
cara-cara
1. sediakan alat pengukus.
2. beras pulut yang telah dibasuh, ditoskan dan dicampurkan dengan santan, air dan garam - dikacau sebati (mudahnya campur semua bahan bawah)
3. pindah ke loyang - kukus selama 20mnit, dibuka dan dikacau bagi memastikan pulut dan santan sebati. sambung kukus selama 10mnt
4.setelah masak, mampatkan pulut dalam loyang supaya ia padat.
bahan atas pula:
1. masukkan semua bahan dalam pengisar/blender - blend hingga sebati
2. tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45mnt.
Puding milo lapis oreo
resepi dari internet yang zara dah ubahsuai..hihi...
bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar (zara guna agar-agar mentah sbb serbuk xde..tapi kena pandai sukat air la sbb perlu masak lebih lama)
800ml air (zara pandai2 guna cawan lebih kurang 5 cawan)
160g gula (zara sukat sendiri ikut manis yg zara suka)
1 tin susu cair
1 cawan milo
1 bungkus oreo
cara-cara
1. masak agar-agar dan air sehingga larut/hancur, masukkan gula, susu - kacau hingga sebati dan mendidih
2. asingkan kepada 2 bahagian. sebahagian campur milo, sebahagian lagi putih
3. tuang separuh campuran milo dalam acuan - patah2kan oreo dan tabur
4. dah agak2 keras sedikit, tuangkan adunan putih - patah2kan oreo dan tabur.
5. ulangi langkah 3&4 sampai adunan habis. sejukkan dan hidangkan.
Agar-agar pelangi
bahan-bahan (ikot internet)
yang ada santan:
10gm serbuk agar-agar
4 cawan santan
gula
garam
yang kosong:
10gm serbuk agar-agar
4 cawan air
gula
resepi ni paling senang..buat macam masak agar-agar biasa je..yang pasti buat dua adunan. satu adunan masuk santan then satu adunan lagi kosong. warna ikut suka.pastu lapis lapis dengan warna selang seli kosong-santan-kosong-santan. then terhasillah agar-agar kat atas..yihaaaa...
selamat mencuba ye





No comments:
Post a Comment