bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Saturday, 28 December 2013

Resepi bunda

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu dan selamat menikmati hari2 terakhir di tahun 2013. Beberapa hari lagi nk masuk tahun 2014. Cepatnye masa berlalu. Pejam celik, pejam celik habis satu tahun. Pejam celik, pejam celik umur makin meningkat. Apa-apa pun, tanamkan azam baru semoga tahun 2014 memberi seribu kebahagian dalam kehidupan seharian, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani setiap suruhan Allah dan semoga kehidupan sentiasa diberkati. Sentiasa lah bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan.

Rupanya dah lama tak balik kampung. Rindunye kat kampung halaman terutamanya rindu masakan kuih2 traditional ma. Lompat tikam, cendol, puteri mandi dan semua la...Hihi.. dan disebabkan teringin sangat, maka jadilah kuih traditional butir nangka...resepi yg sangat simple dan senang disediakan..rasanya of coz la sedap tapi tetap xsama dengan air tangan ma..huhu




Sebenarnya rasa bersyukur sangat sbb sempat belajar buat kuih ni ngan ma..the truth is ma xpernah ajar pun.juz tengok and jadi tukang kacau kuah..tapi betul lah pemerhatian merupakan elemen paling penting dalam proses pembelajaran. after kita perhati then kita scan trus dalam minda and store dulu.. bila nk guna print out la...hihi...

Memang betol apa orang cakap belajar setinggi mana pun, seorang perempuan itu wajib pandai masak. kalau tak teror sangat pun at least ada basic memasak. Bila ada basic then usaha lah. Try buat dulu, 1st time trying of coz mungkin xjadi and xsesedap mana, tapi cuba lagi n cuba lagi. Insya Allah skill memasak tu akan ada. Sebenarnya zara bersyukur sgt sebab "dipaksa" belajar masak oleh ma seawal umur 9tahun. bayangkan apa yang budak 9 tahun boleh buat. Dulu ye, zara asyik menangis and rasa geram sgt. Petang2 nk main mmg xboleh. ma xkan bagi. tapi bila dah besar baru zara sedar and sgt2 berterima kasih kat ma zara sbb pernah paksa zara belajar memasak. kalau x, mungkin zara xpandai masak. tambah2 kuih traditional mana nak dapat yang mcm kat kelantan jika duk kat KL kan. kalau ada pun of coz xsama...


So, kesimpulannya jika ada peluang utuk belajar xkisah la terpaksa ke dipaksa ke, mmg minat ke, guna lah sebaik-baik mungkin kerana suatu hari bila keadaan yang memerlukan ilmu yang kita belajar, kita akan rasa sangat2 bersyukur. Jika kita main2 dan xbelajar bersungguh2 mungkin bila tiba keadaan itu, kita akan sgt menyesal. Zara rasa semua orang mesti pernah terfikir untuk kembali ke zaman sekolah rendah @ menengah kan, waktu di mana kita hanya perlu belajar, dan belajar dan waktu happy2 bersama rakan2. Tapi macam2 mana pun waktu tu xkan dapat diundur kembali...Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi...Eh betol ke?...hihi..So, selamat menyambut tahun baru 2014 dengan azam yang baru dan zara doakan azam semua rakan2 akan tercapai. Insya Allah!!!

No comments:

Post a Comment