bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Wednesday, 13 November 2013

Di hening pagi hatiku bersuara...

assalamualaikum dan selamat pagi...

MashaAllah da hampir setaun zara xmenjenguk blog Ceriterazara rupanya. Nasib baik pasword igt lagi. Alahai adakah bermaksud diri ini makin berumur? opppssss....Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah....zara panjatkan berjuta2 kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini. Alhamdulillah syukur juga kerana pada penulisan kali ini, zara pun da bertukar status Puan dan hampir 8bulan telah bergelar isteri. Alhamdulillah juga rezeki zara masih di IISMP, gombak dan da hampir 2 tahun mengajar kat situ. 

Sebenarnya bercakap tentang rezeki dari Allah, sangat la meluas dan kadang2 kita sendiri xperasan bahawa itu adalah rezeki kurniaan Allah. Sebagai contoh, air yang kita minum, walaupun air merupakan sesuatu yang pada hakikatnya kita jumpa dan guna seharian ia merupakan rezeki kurniaan Allah. Tidak semestinya kita mendapat sesuatu yang sangat besar seperti kenaikan pangkat baru lah kita mengatakan itu rezeki dari Allah. Perkahwinan, pekerjaan, keupayaan diri malahan anggota tubuh badan kita merupakan rezeki kurniaan Allah.

Mesti kawan2 tertanya2 kenapa zara membebel di pagi2 hari. hihi...Sebenarnya zara nk berkongsi dengan semua bahawa kadang2 kita terlepas pandang tentang sifat diri kita apabila kita diberikan kebahagian dan kegembiraan, kita akan merasakan bahawa kehidupan kita sangat bernilai. Tetapi apabila kita diberikan kesusahan dan kepayahan, kita akan menyalahkan Allah sepenuhnya. Tidakkah kita sedar bahawa apabila kita diberikan dugaan dan cabaran, ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Kita akan lebih muhasabah diri dan sentiasa berusaha, bermohon kepada Allah supaya kita diberikan kekuatan untuk menghadapi cubaan dan dugaan tersebut. Cuba bayangkan jika kita diberi pilihan untuk memilih antara kesusahan dan kebahagian, yang manakah pilihan kita?Pernahkah kawan2 terfikir bahawa semakin kita diberikan kebahagian, semakin kita melupakan Allah? Itu apa yang zara selalu fikirkan. Sebab itu zara bersyukur dapat hidup dalam keadaan bersederhana kerana zara takut sekiranya Allah memberikan zara sesuatu yang lebih dari biasa, zara akan lupa diri. Semua orang inginkan kekayaan, kebahagian tetapi sekiranya kekayaan itu akan membuatkan kita semakin jauh dengan Allah, adakah kita akan memilihnya?

Kita selalu mempersoalkan kenapa kita tidak memperolehi apa yang kita kehendaki. Ya, zara juga begitu. Tapi seeloknya kita muhasabah diri dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa mungkin sekarang permintaan kita tidak diperkenankan oleh Allah kerana Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Allah akan memberikan sesuatu pada masa, waktu dan keadaan yang sesuai. Zara juga tak terkecuali kerana kita manusia biasa. Zara juga terfikir kenapa zara masih tidak dikurniakan cahaya mata. Kadang2 zara sedih bila melihat pasangan lain dikurniakan zuriat yang comel2. Tapi bila zara fikirkan balik, Allah tahu keupayaan dan keadaan kita. Mungkin zara masih tidak sesuai menjadi ibu di usia muda...(muda la sgt...hihi) atau pun Allah ingin zara mengenali suami zara dengan lebih baik. sentiasa lah bersangka baik dengan Allah supaya kita tidak akan sepenuhnya menyalahkan takdir Allah. Bagi zara masih ada pasangan yang berkahwin berpuluh2 tahun tapi masih tiada zuriat sedangkan zara belum lagi sampai setahun berkahwin.

Zara paling tidak suka apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, orang disekiling menjadi mangsa. Kenapa perlu melibatkan orang berdekatan sekiranya kesalahan itu adalah berpunca dari kita. Pernahkan ia terjadi pada kawan2 semua? Jika ia berlaku, muhasabah la diri dahulu. Jangan sesekali menyalahkan orang sekeliling kerana ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim. Bukankan Allah membenci orang yang memutuskan hubungan silaturahim sesama sendiri. Betul lah kata pepatah 'Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali'. Fikirkan la bahawa Allah sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah. Bersabar dan berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Jangan menunding jari ke arah orang lain kerana hanya satu jari kita tundingkan pada seseorang tetapi 4 jari lagi menunding ke arah kita. Bukan kah itu bermaksud semua kelemahan bermula dari kita sendiri. Orang sekeliling hanyalah menjadi penyebab berlakunya keadaan itu.

Mungkin kawan2 akan mengatakan bahawa senanglah bercakap, benda tu xjadi pada diri sendiri. Iya, betul. Sekarang bukan kita yang mengalaminya tapi bukan bermakna kita tidak akan mengalaminya. Bukan kah ujian Allah itu bermacam2 keadaan? Bukan kah kita juga tidak mengetahui bila kah Allah akan turunkan ujian tersebut? Seandainya kita berbalik pada fitrah diri kita sebagai manusia bahawasanya kita adalah milik Allah, maka persoalan ini tidak akan timbul. Ketahuilah bahawa dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Semoga apa yang zara luahkan ini akan memberi sedikit impak kepada kawan2 tentang segala yang diberikan oleh Allah kepada manusia samada kebaikan atau keburukan, adalah bertujuan untuk menguji sejauhmana taatnya kita sebagai hamba kepada Allah. Sekiranya kita diuji walau sebesar zarah sekalipun, fikirkan lah bahawa itu untuk mendekatkan kita kepada Allah. Yang paling penting, sentiasa muhasabah diri, mencari kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya. Sekiranya doa kita masih tidak dimakbulkan, jangan la kecewa dan berputus asa kerana mungkin Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita kerana janji Allah itu pasti!





No comments:

Post a Comment