bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Wednesday, 27 June 2012

Dunia Baru

Assalamualaikum...27 Jun 2012...lagi 23 hari sebelum Ramadhan menjelma...Ya Allah cepatnya masa berlalu...tanggal 20 Jun 2012 genap lah 4bulan zara mengajar di International Islamic School Malaysia (Primary) kat Gombak....rupanya rezeki zara masih di IIS..alhamdulillah...

Rasanya dah lama xupdate blog. what to write????hehehehe.....cuma yg pastinya zara happy coz zara dah nk stat cuti..yeay....cuti time ramadhan n raya..dah lama xrasa melainkan waktu2 degree dulu (cuti sem). tapi rasanya zara nk cari keje part time..nnt boleh la saving untuk duit raya ma, ayah, adk2 n anak2 sdara...

Apa-apa pun zara xsabar tunggu ramadhan kali ni..moga ia memberi kerahmatan dan keberkatan utk zara..

Sunday, 29 January 2012

DebaRaN AJL - Part I

sume orang berdebar menunggu AJL malam ni..dalam zara boring2 zara nk luahkan pe yg zara rasa tentang lirik lagu AJL kali nim...

1. Kalau Berpacaran oleh (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)


Memang banyak pantang larang

Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua

Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang
Korus

Boleh pandang-pandang

Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu

Biar segan-segan

Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Kalau berpacaran

Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan

Meminang dengan segera

Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Yeah

Kita sambung cerita

Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa

Akulah pendarab nafsu serakah

Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah

Kalau tak sedia

Ucap syahadah




1. Bagi zara la...lagu ni sgt2 mendalam maksudnya.bagaimana nasihat yang disampaikan melalui lirik lagu dalam berkasih sayang seseorang tu perlu ada batas dan pegangan agama yg kuat dalam melawan hawa nafsu.terutamanya anak2 remaja sekarang (termasuk zara sekali la...) 

2. bagi yang kapel-kapel tu, bila jumpa cari tmpat yg ramai org supaya xmelakukan bnda terlarang. lagi bagus kalo dh suka, sedia terus jumpa mak ayah then kawen...xyah becinta2 trus kawen n org ckp, becinta pas kawen lg best :)


2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
Seumur hidup memang tak mungkin

Untuk aku terus bersamamu

Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Chorus

Halalkan segala makan dan minumku

Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lima tahun dalam kegelapan

Hari ini kau bebas berjalan

Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Chorus
Dan karma kan mengambil tempat

Menjemput kau buatku

Ku harapkan kau kembali

Hey hey biar kau tahu

Aku bukan boneka

Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku

Biar kau tahu

Aku bukan boneka

Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku





1. Karma merupakan suatu kejadian di mana setiap perbuatan kita yang bertujuan baik mahupun jahat akan beroleh hasil yang setimpal dengan apa yang dibuat. Senang cerita, "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat".

2. apa yg zara faham, lirik lagu karma menceritakan bagaimana perasaan diri seseorang yg sebelum ini diperkotak-katikkan kemudian dia bangkit dan mengatakan "Akulah aku, aku bukan boneka"

3. jangan  sesekali menganiayai seseorang kerana setiap yg kita lakukan baik atau buruk suatu masa akan mendapat balasan yg setimpal.


3. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu






1. utk lagu sedetik lebih ni, zara melihatnya di sebaliknya iaitu kasih sayang kita terhadap yg maha mencipta iaitu Allah dan bukan mengagung2kan cinta terhadap manusia, kerana cinta terhadap Allah kekal utk selamanya.

tunggu utk part II nnt....see ya....


HaRi MinGGu ZaRa

Salam hari ahad....yihhhhhhaaaa....xsabar nk tgk AJL malam ni...zara harapkan lagu yg menang merupakan lagu yang best n sesuai..tapi biasalah AJL penuh ngan kejutan.kadang-kadang lagu yang kita xjangka akan menang...apa-apa pun can't wait to see AJL 9.00 malam ni...:p

okeh, dis week zara xpegi mana-mana.juz stay at home..semalam zara cuma layan games kat facebook "Hidden Chronicles"...best gak game tu..then petang zara ke pasar malam.beli apa yang patut.the most thing zara beli....wink...wink...barang-barang to make spageti..zara's favourites food. dah lama rasa xmakan spageti.and pagi ni zara bangun buat spageti..zara named it "Spageti berkuah zara"..hahaha...knp berkuah??sebab zara suka makan spageti dgn kuah yang banyak...

post kali ni, zara nk cite tng resipi spageti berkuah zara..:

1. bahan-bahan yang kena ada:

1. of coz la spageti kena ada (main bahan)
2. ayam kisar
3. bawang besar
4.bawang putih
5. cili hijau/merah
6.tomato (buah)
7. capsicum (zara xmasukkan)
8. cendawan butang (pun xde jugak)
9. sos cili/tomato
10.garam/gula/ajinomoto
11. tomato puree (disebabkan zara suka berkuah, sos spageti ni zara buat sendiri..edit sendiri guna puri tomato)


bahan-bahan yg zara guna hari ni...banyak yg xde

2. cara-cara

        

1. tomato n bawang besar dipotong dadu
2. bawang putih + cili merah/hijau ditumbuk



3. untuk spageti - rebus sehingga masak dan tos kan mcm dalam gambar
4. untuk kuah - panaskan minyak, masukkan bawang + cili yang ditumbuk then masukkan bawang besar, daging kisar. masak hingga garing
5. masukkan air, sos tomato puree, sos cili, sos tomato, garam, gula, ajinomoto.
6. da ok sume, angkat hidangkan...da bole makan...hehe


spageti berkuah zara dah siap..sedia utk dimakan...

senang kan???senang je...pejam mata pon boleh buat..hikhik...




Tuesday, 24 January 2012

CuTi-cuTi ZaRa

salam & selamat tahun baru cina..Gong Xi Fa Cai buat semua kaum cina yg menyambutnya...okeh, zara pun xterkecuali..hehe...zara balik kampung tau.5hari 4 malam sempena taun baru cina..besh...rasa kejap je balik kg...hoho...insyaallah balik bulan 3 nnt for zara's brother's wedding...dh nk kawen pon adk zara...zara???bila la..mungkn taun ni, taun depan or taun depan2 lagi..zara tunggu jodoh zara sampai...cepat atau lambat, kalau dh Allah janjikan zara kahwin, zara tetap akan kahwin..janji Allah itu benar...

okeh, zara nk cite pasal zara buat laksam...zara balik kg hari tu, zara cakap kat ma zara, zara nk makan laksam or kelantanese pggi 'lakse' hehe....so, ma zara pun bancuh la tepung tuk buat laksam..ini tepungnya...


bancuhan tepung...


disebabkan zara yg nk makan, hehe..so ma serahkan tugas mengukusnya tuk zara...zara pun tunjuk la skill kepandaian zara mengukus laksam...

kukus time....


ni ha gambaran selepas dikukus and sebelum digulung....


tunggu sejuk ckit baru boleh gulung..



banyak tau dapat...satu plastik besar tepung beras boleh dapat dalam 26 gulungan laksam...


separuh talam suda siap...


laksam ni zara kukus petang dalam kul 6ptg..makannya esok pagi..buat sarapan...dan hasilnya....


yihaaaa...gambar kurang jelas tapi dah boleh menjeleskan buah hati zara yg sukakn laksam...nnt zara buatkan ye syg...mmmuahhh...


selain laksam, zara ada buat puding triffle and puding gula hangus...xsempat tengok pon, dah abis..adk2 zara suka makan..sbb tu zara suka masak..sbb ada org tlg abiskan..sedap ke xsedap ke..confirm ada org makan...:p







Monday, 16 January 2012

DuGaaN ZaRa

tanggal 13 Januari 2012...permulaan tahun yg penuh dugaan buat zara...pagi tu dlm pkol 11 zara dapat satu msg dari abg zara...ayatnya mcm ni "ayah kat hospital, putus jari kena parang masa cincang batang pisang..." astaghfirullahaladzim...lemah serta merta badan zara..zara ni lemah semangat orgnya..then zara amik phone pegi bilik air..kol abg zara..zara xbole kol dkt opis, takot tiba2 zara nangis...n masa tu zara xtau lg mcm mana keadaan ayah zara...then lps ckp ngan abg zara, zara rasa xbersemangat nk buat kerja, trus zara balik umah..dlm stgh jam, zara kol ayah lagi..n alhamdulillah dpt dgr suara ayah...zara siap ngs lagi..boleh plak ayah zara ckp.."putus ckit je..jauh lagi dari mati.." ya Allah, ayah zara ni seorang yg kuat.tapi benda2 putus jari ni bukan boleh buat main2...

 mengikut crita abg zara yg kat ipoh..dia baru sampai kat umah dari rantau panjang..abg zara tgk ayah tgh balut tangan...then abg zara tanya knp?ayah ckp luka kena parang...masa tu ayh xbgtau abg zara lg jari dia da ptus..bila abg zara tgk jari ayah xde, abg zara terus bawa ayah ke hospital..kalo ikotkan ayah, dia xnak pegi hospital..ayah zara ni takot ckit nk pegi hospital...mcm kanak2..hihi....mula tu abg bawa pegi hospital tengku anis dkt p.pth..then DR minta ayah pegi hosptal kubang kerian coz DR kata kena operate sbb bhgian yg ptus xjumpa..so, kemungknan kena amik sdkit isi kat mana2 bahagian bdn ayah tuk ditampal pada bahagian jari yg ptus...

petang jumaat tu abg zara kat subang kol, kata dia nk balik kampung tgk ayah...apa lagi zara trus bersiap n pegi stesen bas..bas zara kul 6.30ptg... malam tu kami bertolak pkul 11mlm..tapi disebbkan abg zara mengantuk, kami tidur dkat perhentian benta..pas solat subuh baru betolak ke kelantan...kami sampai kelantan pkul 11.30 pagi..siap ala kadar, kami betolak ke hospital kubang kerian tuk tgk ayah...alhamdulillah, masa tgk ayah, ayah sihat...syukur sgt...ayah ckp ptg tu dia boleh keluar..disebabkan kami dtg ramai, n bila ayah ckp bole keluar, abg zara balik dulu ke p.pth hantar makcik2 zara yg lain n zara yg tggu ayah kat hospital dgn ma...
dalam pkol 2.30, nurse cakap pegi unit kecemasan tuk buat pembayaran..da setel sume baru pergi ambil ubat..bab amk ubat ni satu hal..zara bukan biasa dgn hospital ni..punya la cari tmpat ambil ubat amik masa dkt stgh jam jugak la...hahaha...apa la zara ni...rupanya ada short cut ke tmpat ambil ubat, tapi zara xtau...haish...pglman....

apa yg zara nk tgaskan kat cni, bersabarlah dengan ujian dan dugaan yg diberikan oleh Allah pada kita sbgai manusia..kadang2 sesuatu yg berlaku tanpa kita sedari..kata ayah zara baru ilang satu jari..tu tandanya kita perlu bersyukur dgn setiap kurniaan Allah pada kita..ujian dan dugaan yg dtg tanpa diundang, bersedialah hadapinya walau dlm apa keadaan...
cuma yg zara kecewa, dlm saat2 genting cmni, zara xde lesen keta tuk pegi melawat ayah padahal keta abg ada..niat zara, smoga Allah permudahkan rezeki zara tuk sambung lesen keta...da dua kali zara rasa sedih disebbkan lesen keta..first masa ma zara masuk hospital dulu..kereta ada tapi zara xpandai nk bawak...huhu...then ni masa kes ayah pn sama juga...

Saturday, 7 January 2012

Real Steel touch me....

Dis is d 2nd round zara watch dis film Real Steel...so touching...tgk Ombak Rindu zara xnangis pon..tapi dis real steel membuatkan air mata zara menitis..i love watching dis film..really love it...from 10 stars, zara give full = 10stars **********....

sape yg xtgk real steel lagi?please do watch it guys...really2x best..zara tgk 1st cite ni kat pawagam wif my buah hati..then today zara tgk lagi..suka tgk time dat boy dancing with his robot and d father do a boxing...robot tu lak mcm faham je prasaan dat boy...

Moral of d story yg zara dapat daripada cite real steel :

1. Kasih sayang antara anak dan ayah xkan putus..wlaupun masa dat boy lahir, his father xde bersama tapi bila jumpa n stay together prasaan kasih syg tu pasti muncul..n d most thing, di mana tumpah kuah kalau bkan ke nasi..prangai anak, lama2 akan sama dgn prangai ayah..apa org cakap, air yg dicincang xkan putus..dats d family relationships...

2.Tidak berputus asa..in dis film, dat boy xpernah berputus asa..what he want, he got it..walaupon robot named A-T-O-M dia ambil dari tmpat pembuangan sampah, dgn usaha dia, dia dapat jadikan ATOM salah satu robot yg dikenali...

3. Jangan meninggi diri n berbangga dgn apa yg dikecapi..dlm film ni, Fara lemkova..sgt berbangga dengan robotnya Zeus...suatu masa akan bertemu buku dgn ruas jugak..jgn pandang sesuatu sblah mata..maybe it's looks like nothing, but bila dia bersemangat semua akan jdi..sama la mcm kita, jgn menyerah kalah sblum berjuang...

banyak lagi la moral dia..hehe..sape2 yg blum tgk please tgk ye...jgn menyesal..this is the Real Steel....

kasih sayang anak dan ayah..dat boy really cute n his father hensem..hikhik

masa di ajar boxing..sweet agt

ni part paling best...masa lawan ngan zeus...


Wednesday, 4 January 2012

Kesabaran

Post kali ini ditujukan khas buat rakan seperjuangan dan juga peringatan buat diri sendiri..

hari ni rezeki zara murah kerana Dr.goh blanja makan..beliau selalu belanja zara makan even kerja yg zara buat tu mmg tanggungjawab zara dan sepatutnya beliau tidak belanja pun x apa..tapi disebabkan kebaikan dan keramahan seorang bertitle DR membuatkan zara insaf..tidak kira lah kita berpangkat besar, bergaji banyak, berharta, jangan sesekali menyombong diri. kerana Allah itu maha berkuasa. jangan kita mencaci orang yang tidak berpangkat, berharta seperti kita sbb sekali Allah nk tarik dalam sekelip mata sahaja dia akan hilang segala-galanya. sekali Allah nak anugerahkan sesuatu, tiada makhluk yg dapat menghalang..

meniti hari-hari yang penuh mencabar membuatkan zara rasa insaf, insaf mengenangkan walaupun kita ditimpa musibah, tetapi ada lagi makhluk ciptaan Allah yang mengalaminya lebih teruk daripada yg kita alami..sebolehnya kita redha dan ikhlas menerima segala ketentuanNya.zara bersyukur, walaupun dilahirkan dalam keluarga yg sederhana, tidak berharta tetapi zara masih kuat berpegang pada suruhan Allah...cuba bayangkan sekiranya zara dilahirkan dalam golongan berharta kemungkinan zara akan jadi sombong, tidak pandai bersyukur, tidak mahu berusaha dan segala-galanya yang negatif. Allahuakbar...Aku bersyukur ya Allah...

zara terjumpa ni dan nk berkongsi dengan rakan-rakan semua..zara suka membaca coz kadang-kadang ia membantu mengingsafkan zara tentang kejadian yang menimpa dan membuatkan zara lagi kuat dlam menghadapi segala-galanya dengan penuh Redha...Sabar itu separuh daripada iman....

Jangan mencaci sesama kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.


Kesabaran

Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.
  • Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. 
  • Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.
  • Syukur dan sabar merupakan sarana meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.
  • Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita.  Luruskan niat ketika datangnya keinginan.
  • Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.
  • Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini?  Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.
  • Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.
Khas buat rakan yg disayangi :

walau banyak mana ujian yg Allah turunkan kepada mu, sabar lah...jangan sesekali menyalahkan takdir di atas apa yg berlaku..ada hikmah disebaliknya.suatu masa, kegembiraan akan mendatangimu...sesungguhnya janji Allah itu benar...

Tuesday, 3 January 2012

NasiB ZaRa

La Tahzan kata buah ati zara kat zara...


xpe..jangan bersedih, Allah sentiasa ada bersama kita..teruskan berdoa..apa yang kita minta, tak semestinya terus dapat..mungkin belum tiba masanya..Allah tahu bila waktu dan masa yang sesuai untuk diberikan apa yang kita minta. cepat atau lambat pasti kita akan peroleh..Insyaallah...


Beristighfar sekejap zara dan mula muhasabah diri. banyak perkara berlaku dalam hidup sejak akhir2 ini..sampai satu tahap, zara sudah rasa give up..pernah juga zara rasa diri tidak berguna, melihat rakan2 yg seusia telah mempunyai pekerjaan tetap, berkereta, berduit, zara rasa betul2 useless..astaghfirullahaladzim...


telah banyak permohonan kerja zara hantar, satu pn xterlekat, xterdekat dgn zara..ntah knapa..ada juga zara terfikir adakah rezeki ku disekat?knp ssh sgt nk dapat kerja?Knp??hati berkata 'sabar, minta lagi..minta banyak2...' tapi sampai bila??dah berpuluh2 ringgit habis mungkin juga beratus duit digunakan utk fotostat dan pos sijil2..zara xpernah rasa bosan..meminta dan meminta..Ya Allah buka kan lah pintu rezeki ku..tunjukkan ku jalan yg benar jalan yg lurus jalan yg diredhai Mu ya allah...daku redha dgn segala ketentuanMu ya Allah.


setiap yang berlaku ada hikmahnya..jangan kita salahkan takdir sekiranya kesedihan menimpa..dan jangan kita lupakanNya sekiranya bahagia mendatang..bersyukur dgn segala ketentuan Allah..Dia lebih mengetahui segala-galanya...