bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Thursday 24 April 2014

Ceriterazara

Bismillahirrahmanirrahim, salam pagi jumaat..

Dah hampir 2 bulan zara xupdate blog. Almaklumla dengan internet yang kelajuannya mengalahkan siput...hihi..pape pun alhamdulillah di pagi jumaat yang indah ni zara dapat tgk kejap blog kesayangan zara yang da berhabuk ni...apa khabar semua rakan2 di alam maya?zara macam biasa lah masih mengalami sakit dalam perut. sekarang ni makin menjadi2...dulu start maghrib sampai la ke malam.sekarang ni bangun je pagi2 da mula perut rasa xsedap...mungkin Allah nk ampunkan dosa2 zara.bersangka baik dengan Allah akan menghindarkan kita menyalahkan Allah kenapa diberi ujian itu dan ini...Mashaallah.


Minggu ni sekolah zara cuti seminggu dan hari ni hari last + sabtu ahad, cuti zara masih berbaki 3 hari..Alhamdulillah cuti seminggu dapat rehat sepenuhnya dan dapat merasai hidup jadi suri rumah sepenuh masa..hihi..pagi2 bangun kemas umah, basuh baju, petang masak...alangkah indahnya hidup tanpa dibebani tugasan di tempat keje...xsabar zara nk tunggu cuti sekolah yang panjang ni..insyaallah bulan julai nanti...


Berbalik pada bebanan tempat keje, kalau difikirkan sape la yang xdilanda masalah kan. cuma, cubaan dan dugaan tu yang berbeza..zara pun macam tu..minggu lepas macam2 dugaan yang zara terima...ditambah lagi dugaan tu terjadi sewaktu zara puasa..Ya allah...back to basic, apa yang zara fikirkan Allah nk uji tahap kesabaran zara dalam menghadapi cubaan dan dugaan sekecil itu. kalau nk dibandingkan dengan cubaan dan dugaan yang dialami oleh keluarga mangsa MH370, memang jauh bezanya...zara masih lagi ada orang tersayang yang sama2 memberi sokongan, mereka?bila difikirkan balik, kecilnya dugaan yang zara terima...semoga keluarga mangsa MH370 tabah menghadapi cubaan ini..ingatlah ada hikmah disebaliknya. Zara nasihatkan berbalik lah pada asas kejadian manusia. Dari Allah kita datang kepada allah kita kembali...ingatlah Allah bersama kita...






Dalam banyak2 dugaan yang zara terima, ada juga berita gembira yang Allah gantikan. Allah itu kan adil. Pertama, zara dapat beg...yeay...hari tu zara join peraduan membina tagline and zara menang...dapat beg..cantik...dan zara suka..thanks buat Handbags berjenama termurah. boleh view kat sini https://www.facebook.com/pages/Handbags-Berjenama-Termurah/368206696623202...cantik2 begnya 

Ni beg yang zara dapat...cantikkan...

Itu kisah zara dapat beg..kedua, ayah zara datang...first time datang umah zara. tapi almaklumlah anak2 ramai kat KL ni..jadi boleh singgah kejap je la. ayah datang sebab melawat sepupu zara kemalangan..teruk sangat..kalau tengok dalam gambar, ya Allah..xdapat nk ucapkan dengan kata2...zara doakan sepupu zara cepat sembuh...

Teruk kan???

Dan, ketiganya....hari ni zara nk masak kek ni...nak try buat..jadi ke x xtau lagi..tapi kene tunggu g beli cream cheese dlu..semalam xde kat econsave..xpun  zara buat kek milo la dlu..teringin sangat nk makan kek ni...sorry ye empunya gambar ni..curi kat blog (harap diampunkan)

rsz_kek_sedap

Kesimpulannya, kita hidup kat dunia ni sekejap je...just enjoy dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...bila allah tarik nikmat tu, kita akan menyesal...eyh, lupa nak wish dekat my lovely usben merangkap sahabat karib ku, happy anniversary pertama.. actually 20 april lagi...tapi xpe, anniversarry kami hari2..hihi...umi doakan jodoh kita berpanjangan sampai syurga, diberikan kesihatan yang sempurna untuk kita sama2 beribadah kepada Allah, dimurahkan rezeki dan semoga suatu masa nanti Allah gandakan kebahagian kita dengan kehadiran cahaya mata...insyaallah..

Friday 14 February 2014

Friday 7 February 2014

Amalan dipermudahkan rezeki

Assalamualaikum...Entry kali ni zara nak share antara amalan-amalan yang perlu dilakukan secara istiqamah dalam mempermudahkan mendapat rezeki. Antara amalan yang perlu dilakukan adalah:

  1. Sentiasa beribadah kepada Allah
  2. Memperbanyakkan istighfar
  3. Meninggalkan perbuatan dosa
  4. Sentiasa mengingati Allah
  5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa
  6. Berbuat baik dan sentiasa menolong orang yang lemah
  7. Banyak berselawat
  8. Menjalin silaturrahim
  9. Bersedekah
  10. Solat tahajud
  11. Solat dhuha
  12. Zikir dan bacaan al-quran
  13. Doa dan tawakkal


Khasiat/Fadhilat surah al-waqiah:

Al-waqiah surah kekayaan


  • Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya.

  • Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

  •  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

  • Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” 

  • Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malammaka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

***Istimewa untuk para isteri:


Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air danminum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.


Wednesday 5 February 2014

Bila Allah tarik satu nikmat sahaja....

Hampir 5hari Zara balik kampung bercuti setelah hampir 3bln lebih xbalik. Best sangat sebab balik kali ni rasa macam berada di Cameron Highland sejuk yang teramat sangat. Nak mandi pun takot. Sebenarnya sebelum balik kampung Zara dan suami ada berbincang, niat sebenar kami nk pergi berurut Zara. Zara pun sebenarnya xtau sakit apa yg menyebabkan Zara mengalami lenguh satu badan sehingga kan hampir setiap hari bila tiba malam perut Zara masuk angin, pening kepala hingga terasa ingin muntah. Bangun pagi2 memang amat menyeksakan sebab kaki Zara xboleh nk berjalan, sakit yang tersangat di tapak kaki. Angin perut Zara menyebabkan Zara xdapat sendawa dan membuang angin. Ya allah siksanya bila Allah tarik dua je nikmat yang diberikan iaitu nikmat sendawa dan nikmat membuang angin. Mungkin xde sesape yang pernah terfikir betapa besarnya dua nikmat ini. Percaya lah bahawa jika ada yang pernah mengalaminya, tentu akan berasa bersyukur sgt2 bila mana Allah kurniakan dua nikmat ini.

Zara juga xterkecuali. Sepanjang Zara hidup 27 tahun, Zara xpernah terfikir tentang pentingnya dua nikmat ini. Tak pernah terlintas di fikiran Zara apa akan terjadi jika Allah tarik dua nikmat ini. Zara mula perasan keadaan ni lepas Zara kawen. Sebelum ni seingat Zara, Zara xpernah mengalaminya. Tiap2 malam suami Zara la yang akan jd tukang urut melayan Zara yang ngengade ni (thanks abi..)...hihi..xde la ngengade sgt kan. Tu la sape suruh bila org ckp lenguh satu badan xnak caye kan.. Memang kalau kita cerita kat org, org xkan percaya. Ye la muda2 lagi tp da sakit mcm org berumur. Ini pesanan utk kaum hawa, tolong ambil berat akan kesihatan anda especially lepas kawen sebab hormon kita berubah ye. Kalau rasa lenguh2 tu cepat2 amik tindakan pergi berurut ke. jangan tangguh mcm Zara ni. 9bulan Zara biarkan je. Terima la padahnya kan.

Ok, berbalik semula cerita nak pergi berurut. Hari first balik kampung, xsempat nk pergi mana2 tempat berurut sebab baru sampai then balik umah ma, umah mertua. Hari kedua, ada dua kenduri kawen member zara n member suami. xsempat jugak. Hari ketiga kenduri my best fren hawa (kawen da, moga bahgia till jannah wa...hepi for u) and kenduri sedara belah suami kat terengganu. Fuhhh... tinggal sehari je lagi duk kampung. Sempat x ni berurut.. Badan mmg xyah cakap la...Nak dijadikan cerita, hari keempat tu kitorang pas subuh da plan nk pegi umah tukang urut tapi xtau knp tertido. Xpernah tdur pas subuh then hari tu plak tertidur. Alahai, mmg hancur la sgala plan. Sbb byk lg benda nk buat, nk pegi cari barang2 dapur ckit alang2 da balik kampung. nk cari beras, gula melaka (nisan), nk beli ikan kering semua. Sedar2 da pkul 10 pagi...masa tu tdo umah mertua lak tu..ish2..menantu apa la zara ni..hikhik...siap2 semua then kak ipar tunjukkan umah tukang urut coz dia pun plan nk berurut sbb baru lpas bersalin.

kitorang pun bertolak la dalam pkul 11 pg. sampai umah tukang urut, dia plak ada kenduri. xjd lg plan nk berurut.nasib badan. Memang xjd la kan. Suami zara plak cadang nk pegi beli madu lebah sbb ada org pesan. So, kitorang pun ke rumah kakak ipar suami tuk beli madu. pegi sana, anak dia terkunci pntu umah n dia ke kota bharu. isk2...banyaknye halangan hari tu. Tunggu punya tggu, diorang decide nk kopak kunci umah..akhirnya dapat bukak.yang sedihnya madu pun xde...cakap2 then terkeluar la cerita nk berurut. kak ipar suami ckp ada tukang urut dekat situ, tggu dia pegi tanya. waktu tu da pkul 12.30 tghri. nak dijadikan cerita lagi, tukang urut tu da ditempah orang. dia ckap kalo nk berurut mgkin lpas zohor..alamak, mcm mana ni..nak pegi cari brg lagi, nk balik umah ma lg coz esknya da betolak balik KL...

bincang punya bincang suami ckp tggu je la..bila lg kan nk balik kampung.paling x raya nnt..pastu hari2 duk bebel ckp sakit situ la sini la...bila suami berleter...hihi..zara amik kptusan tggu..dalam pkul 2 tkang urut tu dtg, tapi kak ipar ckp kami dtg umah. kitorang pun pegi la umah dia. Hampir 2jam dia urut zara. katanya bengkak urat sbb masuk angin. kesian dia, ayik sendawa masa urut zara. part yang paling sakit sangat tu bahagian perut. allah je tahu.dia ckp bengkak teruk sgt, effect dekat peranakan sbb tu tapak kaki sakit bila berjalan. zara selalu gak tgk dekat tapak kaki zara terkumpul urat2 hijau. buat kaum hawa lagi sekali zara nk pesan, kalau tgk dkt tapak kaki terkumpul urat2 cpt pegi berurut coz itu tanda peranakan kita bermasalah. tukang urut ni bagus, dia urut 2x pusingan sbb tu lama.

after berurut dia bagi zara akar kayu suh rebus n minum air. Alhamdulillah, zara rasa bangun pagi ni da kurang sakit kaki, pening pun da kurang cuma part minum air rebusan tu je mslah. kurang sedap..hihi...sepatotnya yg bagus sekali kena pegi berurut lbh krg 3x tp da balik KL, insyaallah balik nnt zara nk pegi lagi...pantang larang dia xboleh makan sebarang jenis kacang, jagung, paling xbest, xleh makan honey dew...sedihye...hukhuk...panjangnya cerita zara...huish...

kat sini zara nak tekan kan semua benda termasuk tubuh badan kita merupakan nikmat yang paling besar. jangan abaikan, jaga diri semoga kita sentiasa sihat dan dapat menjalani ibadah dengan sebaik-baiknya. bila mana Allah tarik satu je nikmat, kita akan terasa seksa sgt2 even nikmat sendawa dan membuang angin...semoga kita sentiasa berada dibawah lindungan Allah!!

Friday 24 January 2014

Sharing is Caring

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang maha kuasa untuk menjalani ibadah kepadaNya dan masih dapat melihat wajah2 orang yang kita sayangi (walaupun ma n ayah jauh dikampung/di mana sahaja sentiasalah kirimkan doa supaya mereka berada dalam keadaan sihat walafiat). 

Betul lah bahawa anak itu penyeri sesebuah keluarga, anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Lima hari je zara jaga baby abang tapi kesan yang zara dapat memang besar. Sebenarnya zara ni selalu sangat jaga baby. Even adik2 zara dulu pun zara pernah jaga dari diorang kecik lagi. Then after degree zara jaga anak abang coz masa tu zara menganggur lagi. Tapi dulu sebelum zara kawin. Bila dah kawin ni, then jaga baby, perasaan tu lain sikit. Ni kesan rindu kat baby abang tak hilang lagi..Hihi

Zara ada baca bahawa Nabi SAW amat menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah SAW bersabda:


Sesiapa yang mempunyai anak yang ramai jangan cepat mengeluh sebab Rasulullah amat menggalakkan kita ada anak yang ramai. Anak tu kan rezeki dari Allah. Rezeki Allah tu tak semestinya dalam bentuk wang sahaja, even anak2 pun rezeki juga kan. Zara ingat lagi susahnya ma n ayah nak besarkan kami adik beradik even kami hanya 7beradik kandung (ramai lagi sebenarnya) sahaja. Tak de la sampai satu dozen kan, hihi...Dulu masa kecik2 berebut biskut, berebut makanan dan banyak lagi la. Tapi bila besar ni rindu plak zaman kecik2 sbb sekarang masing2 dah ada keluarga sendiri, duk jauh2 (zara bersyukur sbb abang n adik ada keje KL, ujung minggu still boleh jumpa). 

P/S: buat suami2 jangan mengeluh ye kalo isteri2 anda da xcantik lepas ada anak!! Sesape yang belum kawin tu especially lelaki, cari isteri jangan cari yang cantik je. cari yang ada kasih sayang yang tinggi  sebab tu Rasulullah yang suruh. 


Melalui hadis di atas, betapa pentingnya anak selepas kematian ibu bapa kelak iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus hasil daripada doa anak2 yang soleh yang sentiasa mendoakan mereka. Betapa besarnya ganjaran mempunyai anak yang ramai. "Ya allah kurniakan lah daku zuriat yang ramai, zuriat yang soleh dan solehah, semoga menjadi penyeri rumahtangga daku dan suamiku...amin."

"what you give, you get back". Selalu dengar kan. Begitu jugak la dengan kasih sayang. Kan selalu jadi kita sayang orang tu, n then mesti orang tu sayang kita (kalau x bertepuk sebelah tangan la kan..hihi). So, kalo ada anak ramai tu, jangan pilih kasih pula. Kadang2 mungkin mak ayah tak sedar benda ni boleh berlaku. Jangan sampai anak rasa tersisih. Rasulullah bersabda:


"Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi". Kita kena sentiasa tunjuk kan kasih sayang kita pada orang yang kita sayang. Tak semestinya pada anak je, even suami isteri kena praktikkan, anak2 kena amalkan selalu pada kedua ibu bapa.

Tengok, banyak betul keistimewaan ada family yang besar yakni ada anak ramai. Zara suka tengok family abang dekat johor, dekat KL, abang kat ipoh (even baru 2orang anak), bahagia je nampak. Walau selalu berperang dengan anak2 tapi bila tgk anak2 rapat dengan diorang seronoknya. Moga Allah perkenan kan doa zara dan kawan2 yang masih tidak dikurniakan zuriat.

Jangan bimbang dan risau bila masa tu dah tiba untuk kita ada anak, allah akan bagi. Janji Allah itu pasti, sentiasa yakin pada Allah. Sentiasa berdoa, insyaallah Allah akan buka kan jalannya!!

Saturday 18 January 2014

Rahsia Solat Dhuha



Assalamualaikum dan selamat pagi ahad. Cuaca hari ni sgt baik dan rasanya dari semalam lagi kawasan Gombak or lebih tepat rumah sewa zara ni angin yg sangat kuat sehinggakan pintu terasa seperti ada menolaknya. Semoga dijauhkan daripada bala dan bencana Allah SWT. Hari ni zara nk kongsikan kelebihan menunaikan solat dhuha pada setiap hari. Waktu dhuha adalah antara 8pg - 11pg. 

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Friday 17 January 2014

SIAKAP TIGA RASA

Entry kali ni zara nk share resepi ikan siakap tiga rasa . Our favourite foods.



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar -dihiris mayang
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
cili boh
garam
gula
tomato
limau nipis
daun limau purut
cili merah/hijau
sos cili
sos tomato
sos tiram
carrot
nenas
secawan air



Cara-cara
1. Bersihkan ikan dan perapkan bersama garam dan kunyit selama 10minit.
2. Goreng ikan sehingga garing.


3. Tumbuk/blend bawang merah, bawang putih.
4. panaskan minyak/guna minyak lebihan goreng ikan.
5. goreng bawang merah + bawang putih sehingga kekuningan, masukkan satu sudu cili boh - goreng lagi.
6. masukkan bawang besar + daun limau purut + cili.
7. masukkan sos cili + sos tiram + gula + garam + nenas + carrot + perahan limau nipis + secawan air
8. da masak, tuang ke atas ikan.

Selamat mencuba