bismillah photo: bismillah bismillah.gif

counters

Saturday, 28 December 2013

Resepi bunda

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu dan selamat menikmati hari2 terakhir di tahun 2013. Beberapa hari lagi nk masuk tahun 2014. Cepatnye masa berlalu. Pejam celik, pejam celik habis satu tahun. Pejam celik, pejam celik umur makin meningkat. Apa-apa pun, tanamkan azam baru semoga tahun 2014 memberi seribu kebahagian dalam kehidupan seharian, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang sempurna untuk menjalani setiap suruhan Allah dan semoga kehidupan sentiasa diberkati. Sentiasa lah bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan.

Rupanya dah lama tak balik kampung. Rindunye kat kampung halaman terutamanya rindu masakan kuih2 traditional ma. Lompat tikam, cendol, puteri mandi dan semua la...Hihi.. dan disebabkan teringin sangat, maka jadilah kuih traditional butir nangka...resepi yg sangat simple dan senang disediakan..rasanya of coz la sedap tapi tetap xsama dengan air tangan ma..huhu




Sebenarnya rasa bersyukur sangat sbb sempat belajar buat kuih ni ngan ma..the truth is ma xpernah ajar pun.juz tengok and jadi tukang kacau kuah..tapi betul lah pemerhatian merupakan elemen paling penting dalam proses pembelajaran. after kita perhati then kita scan trus dalam minda and store dulu.. bila nk guna print out la...hihi...

Memang betol apa orang cakap belajar setinggi mana pun, seorang perempuan itu wajib pandai masak. kalau tak teror sangat pun at least ada basic memasak. Bila ada basic then usaha lah. Try buat dulu, 1st time trying of coz mungkin xjadi and xsesedap mana, tapi cuba lagi n cuba lagi. Insya Allah skill memasak tu akan ada. Sebenarnya zara bersyukur sgt sebab "dipaksa" belajar masak oleh ma seawal umur 9tahun. bayangkan apa yang budak 9 tahun boleh buat. Dulu ye, zara asyik menangis and rasa geram sgt. Petang2 nk main mmg xboleh. ma xkan bagi. tapi bila dah besar baru zara sedar and sgt2 berterima kasih kat ma zara sbb pernah paksa zara belajar memasak. kalau x, mungkin zara xpandai masak. tambah2 kuih traditional mana nak dapat yang mcm kat kelantan jika duk kat KL kan. kalau ada pun of coz xsama...


So, kesimpulannya jika ada peluang utuk belajar xkisah la terpaksa ke dipaksa ke, mmg minat ke, guna lah sebaik-baik mungkin kerana suatu hari bila keadaan yang memerlukan ilmu yang kita belajar, kita akan rasa sangat2 bersyukur. Jika kita main2 dan xbelajar bersungguh2 mungkin bila tiba keadaan itu, kita akan sgt menyesal. Zara rasa semua orang mesti pernah terfikir untuk kembali ke zaman sekolah rendah @ menengah kan, waktu di mana kita hanya perlu belajar, dan belajar dan waktu happy2 bersama rakan2. Tapi macam2 mana pun waktu tu xkan dapat diundur kembali...Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna lagi...Eh betol ke?...hihi..So, selamat menyambut tahun baru 2014 dengan azam yang baru dan zara doakan azam semua rakan2 akan tercapai. Insya Allah!!!

Friday, 6 December 2013

resepi zara

assalamualaikum...salam jumaat buat semua. alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dan melaksanakan suruhan Allah. Takziah zara ucapkan pada semua yang mengalami banjir teruk terutamanya di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan. Diharap semoga semua bencana ini akan berakhir. InsyaAllah.

Entry kali ini zara nk share resepi2 yg zara buat terutamanya puding. Minat memasak sejak dari zaman sekolah rendah lagi dan angan2 nk buka kedai sendiri masih segar..hihi..berangan la dulu...sila la try n pastinya hasil yang memberangsangkan...


Seri Muka


bahan bawah
2 cawan beras pulut
75ml santan pekat
225ml air
1 sudu kecil garam

bahan atas
2 biji  telor
125ml santan pekat
75ml air
4 sudu besar tepung gandum (sukatan biasa)
3/4 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh perisa pandan
1 sudu pewarna hijau

cara-cara
1. sediakan alat pengukus.
2. beras pulut yang telah dibasuh, ditoskan dan dicampurkan dengan santan, air dan garam - dikacau sebati (mudahnya campur semua bahan bawah)
3. pindah ke loyang - kukus selama 20mnit, dibuka dan dikacau bagi memastikan pulut dan santan sebati. sambung kukus selama 10mnt
4.setelah masak, mampatkan pulut dalam loyang supaya ia padat.

bahan atas pula:
1. masukkan semua bahan dalam pengisar/blender - blend hingga sebati
2. tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 45mnt.


Puding milo lapis oreo



resepi dari internet yang zara dah ubahsuai..hihi...

bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar (zara guna agar-agar mentah sbb serbuk xde..tapi kena pandai sukat air la sbb perlu masak lebih lama)
800ml air (zara pandai2 guna cawan lebih kurang 5 cawan)
160g gula (zara sukat sendiri ikut manis yg zara suka)
1 tin susu cair
1 cawan milo
1 bungkus oreo

cara-cara
1. masak agar-agar dan air sehingga larut/hancur, masukkan gula, susu - kacau hingga sebati dan mendidih
2. asingkan kepada 2 bahagian. sebahagian campur milo, sebahagian lagi putih
3. tuang separuh campuran milo dalam acuan - patah2kan oreo dan tabur
4. dah agak2 keras sedikit, tuangkan adunan putih - patah2kan oreo dan tabur.
5. ulangi langkah 3&4 sampai adunan habis. sejukkan dan hidangkan.


Agar-agar pelangi



bahan-bahan (ikot internet)
yang ada santan:
10gm serbuk agar-agar
4 cawan santan
gula
garam

yang kosong:
10gm serbuk agar-agar
4 cawan air
gula


resepi ni paling senang..buat macam masak agar-agar biasa je..yang pasti buat dua adunan. satu adunan masuk santan then satu adunan lagi kosong. warna ikut suka.pastu lapis lapis dengan warna selang seli kosong-santan-kosong-santan. then terhasillah agar-agar kat atas..yihaaaa...


selamat mencuba ye

Wednesday, 13 November 2013

kun fayakun....

Bertemu lagi di entry kali ini....

Selepas entry smlam, rupanya ada sorang hamba Allah yg zara kenal masa interview terbuka hampir 4tahun dulu menegur zara di fb...zara panggil dia kak..terima kasih kak sbb masih igt kat zara. zara pun insyaallah igt lagi kat akak..apa org kata hubungan silaturrahim sesama umat islam xkan terputus selagi kita masih menjaga tutur kata dan saling mengingati walaupun kita berjumpa hanya sekali sahaja.

Sebenarnya zara nk minta maaf dan nk ucapkan terima kasih kerana membaca entry zara dan maaf sekiranya penulisan zara membuatkan akak sedih atau teringat kenagan sdih. zara bukan bermaksud untuk menyakiti hati sesape, juz berkongsi apa yang zara rasa.

Apa yang membuatkan zara terkejut rupanya akak yang zara kenal ni mengalami nasib yang sama malahan lagi menyedihkan. kata kakak ni dia dah berkahwin selama 5tahun, masih tidak dikurniakan zuriat dan sepanjang 5tahun dia menerima cubaan dan dugaan yang amat berat sebagai wanita. zara pernah dengar sebaik2 wanita adalah wanita yang boleh melahirkan ramai zuriat. Ya Allah kak, besarnya dugaan terhadapmu. Maafkan dan izinkan zara berkongsi kisah ini kak. Bukan niat zara nak mengaibkan akak tetapi sebagai dorongan dan sokongan pada kawan2 yang mengalami nsib yang sama. Ya, selama mana diuji, tiba satu masa Allah menerima doamu kak. Setelah 5tahun berdua akhirnya kakak ini disahkan mengandung dan sekarang dah 7minggu. Rezeki selepas kakak balik dari mengerjakan umrah. MashaAllah besarnya kuasa Allah. Sesungguhnya apabila Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi tiada apa yang dapat menghalangnya. Kun fayakun....

Semoga apa yang zara kongsikan ini dapat memberi sokongan dan dorongan kpada yang mengalami nsb yang sama. Teruskan usaha, sentiasa berdoa dan bermohon kepada Allah. Insya Allah bahagia menantimu...

Di hening pagi hatiku bersuara...

assalamualaikum dan selamat pagi...

MashaAllah da hampir setaun zara xmenjenguk blog Ceriterazara rupanya. Nasib baik pasword igt lagi. Alahai adakah bermaksud diri ini makin berumur? opppssss....Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah....zara panjatkan berjuta2 kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi bertuah ini. Alhamdulillah syukur juga kerana pada penulisan kali ini, zara pun da bertukar status Puan dan hampir 8bulan telah bergelar isteri. Alhamdulillah juga rezeki zara masih di IISMP, gombak dan da hampir 2 tahun mengajar kat situ. 

Sebenarnya bercakap tentang rezeki dari Allah, sangat la meluas dan kadang2 kita sendiri xperasan bahawa itu adalah rezeki kurniaan Allah. Sebagai contoh, air yang kita minum, walaupun air merupakan sesuatu yang pada hakikatnya kita jumpa dan guna seharian ia merupakan rezeki kurniaan Allah. Tidak semestinya kita mendapat sesuatu yang sangat besar seperti kenaikan pangkat baru lah kita mengatakan itu rezeki dari Allah. Perkahwinan, pekerjaan, keupayaan diri malahan anggota tubuh badan kita merupakan rezeki kurniaan Allah.

Mesti kawan2 tertanya2 kenapa zara membebel di pagi2 hari. hihi...Sebenarnya zara nk berkongsi dengan semua bahawa kadang2 kita terlepas pandang tentang sifat diri kita apabila kita diberikan kebahagian dan kegembiraan, kita akan merasakan bahawa kehidupan kita sangat bernilai. Tetapi apabila kita diberikan kesusahan dan kepayahan, kita akan menyalahkan Allah sepenuhnya. Tidakkah kita sedar bahawa apabila kita diberikan dugaan dan cabaran, ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah. Kita akan lebih muhasabah diri dan sentiasa berusaha, bermohon kepada Allah supaya kita diberikan kekuatan untuk menghadapi cubaan dan dugaan tersebut. Cuba bayangkan jika kita diberi pilihan untuk memilih antara kesusahan dan kebahagian, yang manakah pilihan kita?Pernahkah kawan2 terfikir bahawa semakin kita diberikan kebahagian, semakin kita melupakan Allah? Itu apa yang zara selalu fikirkan. Sebab itu zara bersyukur dapat hidup dalam keadaan bersederhana kerana zara takut sekiranya Allah memberikan zara sesuatu yang lebih dari biasa, zara akan lupa diri. Semua orang inginkan kekayaan, kebahagian tetapi sekiranya kekayaan itu akan membuatkan kita semakin jauh dengan Allah, adakah kita akan memilihnya?

Kita selalu mempersoalkan kenapa kita tidak memperolehi apa yang kita kehendaki. Ya, zara juga begitu. Tapi seeloknya kita muhasabah diri dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa mungkin sekarang permintaan kita tidak diperkenankan oleh Allah kerana Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Allah akan memberikan sesuatu pada masa, waktu dan keadaan yang sesuai. Zara juga tak terkecuali kerana kita manusia biasa. Zara juga terfikir kenapa zara masih tidak dikurniakan cahaya mata. Kadang2 zara sedih bila melihat pasangan lain dikurniakan zuriat yang comel2. Tapi bila zara fikirkan balik, Allah tahu keupayaan dan keadaan kita. Mungkin zara masih tidak sesuai menjadi ibu di usia muda...(muda la sgt...hihi) atau pun Allah ingin zara mengenali suami zara dengan lebih baik. sentiasa lah bersangka baik dengan Allah supaya kita tidak akan sepenuhnya menyalahkan takdir Allah. Bagi zara masih ada pasangan yang berkahwin berpuluh2 tahun tapi masih tiada zuriat sedangkan zara belum lagi sampai setahun berkahwin.

Zara paling tidak suka apabila seseorang itu ditimpa kesusahan, orang disekiling menjadi mangsa. Kenapa perlu melibatkan orang berdekatan sekiranya kesalahan itu adalah berpunca dari kita. Pernahkan ia terjadi pada kawan2 semua? Jika ia berlaku, muhasabah la diri dahulu. Jangan sesekali menyalahkan orang sekeliling kerana ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturahim. Bukankan Allah membenci orang yang memutuskan hubungan silaturahim sesama sendiri. Betul lah kata pepatah 'Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali'. Fikirkan la bahawa Allah sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana ketaatan kita kepada Allah. Bersabar dan berusaha untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Jangan menunding jari ke arah orang lain kerana hanya satu jari kita tundingkan pada seseorang tetapi 4 jari lagi menunding ke arah kita. Bukan kah itu bermaksud semua kelemahan bermula dari kita sendiri. Orang sekeliling hanyalah menjadi penyebab berlakunya keadaan itu.

Mungkin kawan2 akan mengatakan bahawa senanglah bercakap, benda tu xjadi pada diri sendiri. Iya, betul. Sekarang bukan kita yang mengalaminya tapi bukan bermakna kita tidak akan mengalaminya. Bukan kah ujian Allah itu bermacam2 keadaan? Bukan kah kita juga tidak mengetahui bila kah Allah akan turunkan ujian tersebut? Seandainya kita berbalik pada fitrah diri kita sebagai manusia bahawasanya kita adalah milik Allah, maka persoalan ini tidak akan timbul. Ketahuilah bahawa dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.

Semoga apa yang zara luahkan ini akan memberi sedikit impak kepada kawan2 tentang segala yang diberikan oleh Allah kepada manusia samada kebaikan atau keburukan, adalah bertujuan untuk menguji sejauhmana taatnya kita sebagai hamba kepada Allah. Sekiranya kita diuji walau sebesar zarah sekalipun, fikirkan lah bahawa itu untuk mendekatkan kita kepada Allah. Yang paling penting, sentiasa muhasabah diri, mencari kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya. Sekiranya doa kita masih tidak dimakbulkan, jangan la kecewa dan berputus asa kerana mungkin Allah merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita kerana janji Allah itu pasti!